Menara Condong Teluk Intan (26/1/2013)
Menara Condong Teluk Intan dibina pada tahun 1885 oleh Leong Choon Chong. Asalnya dibina untuk sebuah tangki air untuk dibekalkan ke bandar untuk musim kemarau atau kebakaran. Menara ini setinggi 25meter dengan 110 anak tangga. Dari luar menara ini seperti 8 tingkat tetapi sebenarnya adalah 3 tingkat sahaja. Jam yang dipasang di menara tersebut di beli pada tahun 1894 di London buatan J.W Benson-Ludgathill.